Sabtu, 17 Disember 2011

Kali terakhir saya dipukul teruk oleh abang saya pada tahun 2006 dan pada ketika itu saya baru berumur 8tahun . Kesalahan yang saya lakukan ketika itu adalah bergaduh dengan anak buah saya sendiri yang berumur 7tahun pada ketika itu . Pertelingkahan kami membuatkan abang saya yang sedang tidur terbangun . Dia mengambil langkah terus memegang kepalaku dan dihantukkannya ke almari kayu milik arwah bapaku . Aku mula menjerit dan menangis . Lalu dia "meninggalkan" kesan ke pipi saya . Saya menangis dengan kuat dan terus berlari memeluk Mama . Mama ibarat Malaikat ,apabila memeluknya saya berasa hangat dan tenang . Meskipun Mama telah "menyelamatkan" saya ,tapi saya masih berasa takut kepada abang . Dia melihat saya dengan meta tajamnya seperti masih ada yang dia tidak puas hati . Sejak daripada itu ,abang sudah tidak memukul saya lagi tetapi setakat menengking masih juga ada . :)

Tapi saya jangka ,pada tahun ini ketika saya berumur 13tahun dan pada tarikh 14Disember saya dipukul lagi . Sebab dia mengambil tindakan itu adalah selepas mendengar jeritan daripada Mama yang memarahi saya . Mungkin disebabkan itu dia menjadi berang . Sebelum kejadian berlaku ,saya mengambil wuduk untuk solat Isyak dan terus masuk ke dalam bilik . Niat untuk masuk ke dalam bilik menjadi lambat kerana lampu bilikku lambat menyala . Tanpa diduga ,abang datang ke arah saya dan menolak saya ke dalam bilik dengan serta-merta . Hatiku mula rasa takut kerana Mama tidak ada disitu untuk membela saya kerana Mama sedang solat . Abang mula memaki saya dengan suaranya yang lantang dan garau . Dia menggunakan tangan kanannya untuk menyepak pipi sebelah kiri saya dan meneruskan percakapannya . Kemudian dia sepak pipi sebelah kanan saya dan dengan berterusan menyepak pipi sebelah kiri sekaligus . Amat perit rasanya muka ini ,kebas dan tidak tahu apa yang perlu dibuat . Saya hanya mampu mengucap dalam hati dan meminta perlindungan daripada Allah SWT . Alhamdulillah selepas dia selesai "bercakap" ,dia terus keluar dari bilik saya . Lalu saya pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk buat kali keduanya untuk menenangkan hati dan terus menunaikan solat yang sebentar tadi tergendala . Ketika solat ,air mataku tidak tahu bagaimana caranya untuk berhenti dan saya menangis dengan tersedu-sedu sehingga terpaksa mengulang beberapa kali bacaan di dalam solat kerana tidak dapt fokus . Selepas solat saya terus baring di ruang tamu bersama ahli keluarga yang lain . Saya baring menghadap dinding dan tutup muka dengan selimut . Suara "sedu" saya terlalu kuat sehingga membuat Mama perasan . Mama tanya kenapa tapi saya tak dapat menahan sebak yang teramat sangat sehingga tidak dapat menjawab . Saya menangis tersedu-sedu hampir 2 jam berterusan tanpa henti . Mama mengusap kepala saya untuk memujuk tetapi tidak berhasil . Pukul 11 baru mataku mampu terlelap . Pada keesokan harinya mataku bengkak dan tersangatlah bengkak . Bengkak itu mulai surut tetapi memakan masa selama 3 hari .

Sedikit pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Abangku Sharullizam kerana dia lah satu-satunya abang dan satu-satunya ketua keluarga yang kami ada sekarang . Saya tetap sayang dia sampai bila-bila walau apapun yang dia lakukan kepada saya ,I LOVE YOU BROTHER ! ;)

IAmFit_riah <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan