Assalamualaikum.....
Harini terasa nak cakap pasal perpisahan. Hm apa itu perpisahan? Perpisahan mungkin berlaku apabila dua orang insan berlainan jantina ataupun pasangan kekasih mengalami salah faham. Percintaan yang terjalin lama boleh terjejas hanya dek kerana pertengkaran yang entah apa puncanya dan akhirnya berlakulah perpisahan.
Perpisahan juga berlaku apabila orang yg kita sayang kembali kepada-Nya. Ini amat menyakitkan. Yelah, perpisahan yang lain tu kemungkinan boleh dirujuk semula namun yg ini tidak ada dapat menyatukan mereka semua hmm... Macam-macam lagi perpisahan yg ada sebenarnya, tapi susahlah kalau semuanya saya sebutkan kan?
Nak dengar cerita aku? Kisah aku dan 'dia'? Hm kami memang sudah lama berkawan (tak ada lah lama mana pun) kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kami sering bertengkar. Yang peliknya, bertengkar disebabkan benda yang cukup remeh. Haih kadang-kadang bosan juga aku. Pernah juga aku merajuk sampai terjadinya 'perpisahan pendek'. Cewah pelik pula bunyinya. Perpisahan pendek kami terjadi kerana perasaan cemburu aku. Aduhai, kawan je pun. Tapi yelah kalau dah nak cemburu nak buat macam mana kan? Aku penat sebenarnya bila cemburu ni. So aku ikutkan ego aku malas nak layan dia. Banyak 'missed calls' yang aku terima. Kasihan dia.. Ada juga beberapa pesanan ringkas yang dia beri. Tapi aku bersyukur sangat sebab perpisahan kami sekejap je yelah nama pun 'perpisahan pendek' kan, hehe.
Selalu sangat jadi macam tu. Gaduh. Baik. Gaduh. Baik. Penat... Penat... Semalam ada sesuatu terjadi. Dia call aku. Aku tak berapa suka dia selalu call aku. Bukan sebab benci, tapi merugikan. Yelah cuba korang fikir.. First, dia membazir kredit. Second, paksa diri tahan mengantuk. Lagipun aku dah kaji betul-betul setiap kalai kami berbual panjang dalam phone, mesti akan ada je benda yang nak buat mood masing-masing rosak. Pelik pun ada. Hm biasalah aku ni, panas baran. Pantang sakit hati sikit, mulalah nak fikir bukan-bukan. Malam tadi kami gaduh just sebab aku minta diri nak tidur. Heissshh menyakitkan hati betul. Lepas talian dimatikan, aku menghantar pesana ringkas, "Awak, lain kali call saya siang boleh tak?" kemudian balasan dia, "Saya tak pasti lagi yang saya akan call awak lain kali."
Ya Allah betapa tersentuhnya hati aku. Rasa macam diguris dengan pisau cukur! Aku buat rileks and balas, "Oh elok lah :D" and balasan aku buat dia bengang kot sampai dia balas "Thanks for your reaction."
Haa tulah, yang aku bodoh sangat balas 'oh elok lah' sampai buat happy smiley tu buat apa. Hmm lantaklah, aku pun dah penat. Sesi berbalas-balas makin menyakitkan hati bila dia balas "K." Ish rasa macam nak cekik-cekik je leher dia. Lebih baik tak payah balas. Kemudian perbualan lisan kami terhenti apabila aku mengambil keputusan untuk tidak membalas mesejnya dan tidur.
Tiba-tiba pukul 3:37 pagi aku terjaga. Tak sangka pula ada mesej daripadanya.
"Paling-paling pun replylah 'k'. Ni buat orang tertunggu-tunggu. Teruk."
Hm that's his first time cakap aku teruk. Ah biarlah.
Tapi jantung aku berdegup laju bila terbaca satu lagi pesanan daripadanya. Panjang betul. Bodohnya aku tak buka mesej tu sampai habis. And pagi tadi aku terima lagi satu mesej darinya.
"Last night were the last text. Goodbye. After PMR we can text..."
Heart breaking! Pecah terbelah berkecai hancur lebur hati aku. Kecewa :( Kenapa aku sedih? Bukan ke ni yang aku nak selama ni? Nak sangat berpisah kan, haa kan dah kena. Nak menangis pun ada. Aku tenangkan diri sendiri dengan kata-kata semangat buatan sendiri.
"Selamat tinggal."
Tu jelah yang mampu aku jawab. Sayang memanglah sayang, tapi nak buat macam mana kan...
Okay aku decide nak focus on exam yang makin mendekat ni. Wish me luck, guys! Assalamualaikum (:
FitriahKinn
-bottom of the World-
HeartStory
Ahad, 2 Jun 2013
Sabtu, 11 Mei 2013
Rintihan Kerinduan
Saat kegembiraan bersama bermain di kotak ingatanku. Ketika dia bermain denganku, ketika dia melayan kerenahku, ketika dia melayan cita rasaku yang cerewet ini.. Hm perjalanan dari hari ke hari membuatkan aku rindukan semua itu. Dia tidak lagi melayanku seperti dulu. Dia sibuk dengan kerjanya. Entah apalah kerjanya sampai aku pun sampai dilupa olehnya.
Sejak kejadian itu aku menjadi semakin berdikari. Aku yang dahulunya manja dan hanya bergantung padanya untuk membelikanku sesuatu kini sudah pandai memberanikan diri berhadapan dengan 'casher'. Haha kelakar pun ada. Hmmm aku kecewa. Ke mana dia menghilang sehingga membuat aku terkapai-kapai seorang diri seolah-olah aku sudah tiada kakak?
Tatkala aku melabuhkan badan ke katil dan mataku ke siling, aku berfikir "Ke manakah kau, wahai kakakku?" Sedangkan ketika aku sakit pun kau tiada masa untuk menjengukku di rumah. Ada juga rasa kecil hati dengannya. Aku cuba menenangkan hati sendiri supaya tidak bersangka buruk lagi-lagi terhadap darah daging sendiri. Namun hari demi hari aku memikirkannya, semakin terluka hati aku dibuatnya. Mungkinkah aku memang sudah dilupakannya? Dahulu makanku akan sentiasa kau ikutkan. Apa sahaja yang terasa ingin aku sentuhkan ke tekakku yang cerewet ini akan kau berikan. Buat setakat makanan, apa sahaja yang aku inginkan akan kau berikan, apa sahaja! :'(
Aku cuma berharap Allah akan melembutkan hatinya untuk kembali ke rumah menjenguk aku, adiknya yang sangat merinduinya di sini. Orang kata, air dicincang takkan putus kan? In Shaa Allah pepatah itu betul.
Your little sister,
Nurull Fitriah....

Jumaat, 28 Disember 2012
Abah...
Hmmm malam ni tetiba teringatkan abah. Apa-2 kalau ada masalah mesti mama kata, "Orang lain ada ayah, kita ni nak mengadu dekat siapa, dik?". Sebak sangat bila mama cakap macam tu :(
Dulu masa abah masih ada, tiap-2 hujung minggu mesti abah bawa pergi makan luar. Abah tak suka bawa pergi tempat western, McD, Pizza Hut and semua tu. Abah selalu bawa pergi makan kedai mamak ataupun restoran melayu je :) Pernah jugak aku tanya mama, "Ma, kenapa abah tak nak bawa adik makan dekat McD?" and mama jawab, "Sebenarnya abah tak berapa tahu nak order dekat tempat macam tu, abah tak tahu macam mana nak sebut perkataan makanan dekat tempat macam tu." Ya Allah kesian abah :( pernah sekali abah bawa aku pergi KFC sebab aku merengek nakkan burger apa tah masa tu. Masa abah nak order, abah susah nak sebut. Kesian dekat abah, dalam pelat-2 aku, aku cuba sebutkan untuk abah. Hmm pengorbanan abah untuk aku, dia sanggup malu untuk beri apa yg aku mahu. ADIK HARGAI, ABAH...
Ada jugak sekali masa tu abah kerja. Hanya aku dan mama di rumah. Kami tengok perkahwinan Mawi dan Ekin. Aku lapar masa tu sebab tak ada makanan dekat rumah. Aku mesej abah, "Abah, adik lapar. Adik tengok makanan dekat perkahwinan Mawi ni sedap lah." Tak lama lepas tu abah balik, dia bawakan nasi putih dengan ayam goreng dan kuah kari. Masa tu tak rasa apa-2, cuma happy sebab dapat makan. abah gembira tengok aku kenyang :') setelah abah pergi, baru aku sedar betapa sayangnya abah pada aku dan betapa dia ingin melihat aku senang. TERIMA KASIH, ABAH...
Abah pelindung aku apabila dimarah mama. Kalau mama marah aku je, abah mesti bawa aku jalan-2 naik motor keluar ataupun tarik aku duduk dengan dia lepastu cium aku pastu 'cucuk' pipi aku dengan janggut cemeotnya yg tajam itu. Dulu abah selalu marah kalau aku buat salah. Tapi dia marah sebab sayang. Haritu dia baiki periuk nasi mama. Aku ni yang
Aku sangat sayang abah. Sekali aku membuat salah, aku rasa seperti telah memalukan nama abah. Disebabkan itu aku cukup pantang kalau ada yg merendah-rendahkan keluarga aku. Meski kami susah, TOLONG JANGAN RENDAHKAN KAMI.. Hmm zaman sekarang orang tak pandang orang macam aku. Ya Allah, ampuni aku jika aku berlebihan, Ya Allah.. Mama selalu pesan, "Jangan menyusahkan walaupun abah takda. Biar kita berdiri atas kaki sendiri. abah pasti bangga melihat adik berjaya."
Adik usaha untuk buat abah bangga, adik sayang abah :') KEPADA YANG MEMBACA, SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH BUAT ARWAH BAPAKU, KINTAN BIN MAT WALI. Terima kasih...
FitriahKinn
Khamis, 27 Disember 2012
'Kesilapan'
Assalamualaikum...
Aku telah pelajari tentang sesuatu. Tentang 'kesilapan'. Perkara ini pasti akan dilakukan oleh semua manusia biasa antara sengaja dengan tidak sengaja. Hmm apabila mereka melakukan kesilapan, adakalanya mereka tidaksedar akan kesilapan mereka.Orang yg tersakiti itu pasti akan merasa amat sakit dan perih. Orang yg melakukan kesilapan ini mungkin sudah terbiasa sehingga tidak sedar hati orang tersakiti. Apabila mereka sedar, mungkin mereka akan menyesal dan ada juga yang bersahaja..
Orang yang menyesal ni mestilah akan meminta maaf. Minta maaf bukan sesikit, bersungguh woaa... Yaa jelaslah bahawa mereka menyesal. Bagi yg baik hati, 'kata maaf' akan dikeluarkan dengan begitu mudah. Tetapi bagi yg berdendam, haaa pujuklah sampi lembut hatinya seperti 'Blueberry Cheese Cake'. Haha sedap meh! :p TETAPI, si peminta maaf ni bukanlah pandai sangat. Dah minta maaf tapi mesti akan diulanginya. Haishh manusia manusia~ Believe me, walau seribu kali dia meminta maaf, tidak mustahil dia akan mengulanginya semula. Kesian mangsa hati luka ni kan? Ish ish..
Bagi yg bersahaja ni pulak lagi menyakitkan. Tak tahulah apa masalh dia nak sakitkan hati orang. Bosan agaknya -__- hmm hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Moralnya di sini, Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, remember that ;-)
p/s: "Sesiapa tergigit cili terasalah pedasnya." hewhew :p
FitriahKinn
-JustForFun-
Aku telah pelajari tentang sesuatu. Tentang 'kesilapan'. Perkara ini pasti akan dilakukan oleh semua manusia biasa antara sengaja dengan tidak sengaja. Hmm apabila mereka melakukan kesilapan, adakalanya mereka tidaksedar akan kesilapan mereka.Orang yg tersakiti itu pasti akan merasa amat sakit dan perih. Orang yg melakukan kesilapan ini mungkin sudah terbiasa sehingga tidak sedar hati orang tersakiti. Apabila mereka sedar, mungkin mereka akan menyesal dan ada juga yang bersahaja..
Orang yang menyesal ni mestilah akan meminta maaf. Minta maaf bukan sesikit, bersungguh woaa... Yaa jelaslah bahawa mereka menyesal. Bagi yg baik hati, 'kata maaf' akan dikeluarkan dengan begitu mudah. Tetapi bagi yg berdendam, haaa pujuklah sampi lembut hatinya seperti 'Blueberry Cheese Cake'. Haha sedap meh! :p TETAPI, si peminta maaf ni bukanlah pandai sangat. Dah minta maaf tapi mesti akan diulanginya. Haishh manusia manusia~ Believe me, walau seribu kali dia meminta maaf, tidak mustahil dia akan mengulanginya semula. Kesian mangsa hati luka ni kan? Ish ish..Bagi yg bersahaja ni pulak lagi menyakitkan. Tak tahulah apa masalh dia nak sakitkan hati orang. Bosan agaknya -__- hmm hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Moralnya di sini, Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, remember that ;-)
p/s: "Sesiapa tergigit cili terasalah pedasnya." hewhew :p
FitriahKinn
-JustForFun-
Selasa, 18 Disember 2012
Missing Someone
Assalamualaikum..
Tonight at 11.36 pm.. I can't sleep. I've tried to close my eyes but I can't. I feel lonely. I'm missing someone. Hmmm I should not think of him because I know he's happy now with his family. THEY ARE AT... ahh I don't care where but I know they are happy. Yeay I'm happy too! Oh no............. I'm lying........ :( Why can't I forget him? Why and why? Ya Allah, I can't stand this. Fit, forget him just for a while, Fit. Bro, do you know what I feel? Yah you never know. I can feel that you are far away from me and there's no me in your mind. Ya of course, you are having fun there! How stupid am I? Yeah toooo stupid...
Do you ever think of me honey? What are you doing now? Are you fine? Hmm I hope you are fine and happy there :') I will alway pray for you. I just want you to know that you always in my heart.. And my heart just for you..
Hmm I still remember kita pernah terputus hubungan selama...... mm berapa lama eh? Oh yaa 2 minggu.... kot. Kan? Ah ye kot. Terfikir pulak aku hmmm you should not text or call me untill we reach 2013 because look what happen now? Putus hubungan balik.. Sudah cukup mendera hati aku. Menipu besar gila lah kalau kata aku tak terseksa. Hmm nampaknya rancangan seseorang itu berjaya. Whatever lah, I did it for him. I should not regret it. As long they are happy. Tak tahu sampai bila aku akan dibenci.
Actually yang buat aku teringatkan dia and tak boleh tidur sebab akustalk Facebook dia. Aku ternampak gambar dia dengan 'sana'. OHMAIGADDDD, he is soooo handsome!!!!! Yaa sangat kacak :'D I can see he's happy. Haha entah berapa banyak kali 'happy' aku nak mention kat sini. Eh but serious lah he looks so handsome. And that's why sampai sekarang (12am) aku still tak dapat tidur. Hmm rindu kot.. eh? Hmm biarlah. I hope I can see you... In my dreams... Bye honey boo :') Assalamualaikum..
Tonight at 11.36 pm.. I can't sleep. I've tried to close my eyes but I can't. I feel lonely. I'm missing someone. Hmmm I should not think of him because I know he's happy now with his family. THEY ARE AT... ahh I don't care where but I know they are happy. Yeay I'm happy too! Oh no............. I'm lying........ :( Why can't I forget him? Why and why? Ya Allah, I can't stand this. Fit, forget him just for a while, Fit. Bro, do you know what I feel? Yah you never know. I can feel that you are far away from me and there's no me in your mind. Ya of course, you are having fun there! How stupid am I? Yeah toooo stupid...
Do you ever think of me honey? What are you doing now? Are you fine? Hmm I hope you are fine and happy there :') I will alway pray for you. I just want you to know that you always in my heart.. And my heart just for you..
Hmm I still remember kita pernah terputus hubungan selama...... mm berapa lama eh? Oh yaa 2 minggu.... kot. Kan? Ah ye kot. Terfikir pulak aku hmmm you should not text or call me untill we reach 2013 because look what happen now? Putus hubungan balik.. Sudah cukup mendera hati aku. Menipu besar gila lah kalau kata aku tak terseksa. Hmm nampaknya rancangan seseorang itu berjaya. Whatever lah, I did it for him. I should not regret it. As long they are happy. Tak tahu sampai bila aku akan dibenci.
Actually yang buat aku teringatkan dia and tak boleh tidur sebab aku
FitriahKinn
-Oklahama-
Khamis, 13 Disember 2012
Rabu, 7 November 2012
Again, It's All About Jealousy
Assalamualaikum..
Entah apa yang kurasakan ini. Semakin sesak, semakin menderita rasanya. Rasa cemburu yang semakin tidak tertanggung. Jujur aku kecewa. Dia seperti tidak tahu apa yang kurasakan. Aku merasakan perubahan terhadap dirinya. Bukanlah aku ingin kata yang dia tidak menyayangiku. Dia sering berkata yang dia amat menyayangiku. Sedikit sebanyak rasanya aku patut meluahkannya di sini. Maafkan I kalau you marah. Hmm dia ada bercerita kepadaku bahawa ada seorang gadis yang pernah dia sukai. Dan sekarang gadis itu mencuba untuk memikat hatinya pula. Aku faham dia cuma ingin bercerita denganku tentang itu. Tetapi apa yang yang membuat aku curiga adalah dia sering saja bercerita tentang gadis manis itu. Memang, gadis itu manis dan comel orangnya. Siapalah aku jika ingin dibandingkan dengannya. Hmm aku masih sabar (:
Seterusnya dia ada bercerita tentang seorang gadis yang sering mengadu nasib kepadanya. Ha Ha Ha, sejak bila lah dia jadi seorang yang peramah ni. Setahu aku dia seorang yang sombong, malah sebelum kami rapat tidak pula dia sebegini. Cemburu, jelas cemburu. Aku ada banyak terbaca tweet mereka. Kelihatan mesra sekali. aku yakin gadis itu ada menyimpan perasaan terhadapnya. Hmm gadis manalah yang tidak terpikat dengan wajah menawannya itu. semakin lama semakin ramai pula gadi yang suka ber'tweet' dengannya. Semuanya menggunakan ayat yang mesra dan amat mengancam aku. Dia pula melayan mereka dengan cukup baik dan boleh tahan lembutlah. 'Kita' menyampah. Hmm kadang-2 aku menunggu juga mention darinya ketika aku sedang sunyi ber'tweet' seorang diri. In your dreams, Fitriah! Hmm dia busy. Tak apa, aku faham.
Kemudian baru-2 ini aku ada tweet dengan seorang rakan gadisku yang 'agak rapat' denganku. Hmm dia cantik dan teramat cantik. Dia kaya. Dia fasih berbahas Inggeris. Hmm sempurnanya dia. Aku? Aku hodoh. Aku hidup dalam serba kekurangan. Bahasa Inggerisku tidaklah sefasihnya. Gadis ini pernah disukai oleh si dia. Gadis ini amat dicintai dan disukainya. Dia menunggu gadis ini lebih daripada setahun. Namun katanya hatinya telah berubah kepadaku. Aku ber'mention' dengan gadis itu tentang perancanganku ingin ke Bandar Sunway. Tidak lama selepas itu aku mendapat bbm daripada si dia berkata
"Jangan kata yang I ada masa hang nanti." Aku cuma bersetuju kerana aku tidak terdetik apa-2 ketika itu. Persetujuanku dibalas dengan, "I nak tengok muka dia nanti." kata-katanya itu diakhiri dengan smiley yang jelas dia amat gembira kerana 'crush'nya akan menyertai kami nanti. Hatiku terlintas berkata, "Tunggulkah aku dilakukan sebegitu? Tidakkan dia rasa kata-katanya itu amat mengguris hatiku ini?." Hmm aku bersabar. Aku mengambil keputusan untuk memutuskan perbualan kami melalui bbm itu dengan harapan kepalaku tidak menjadi semakin kusut. Tetapi keputusanku itu dibalas dengan pemberontakannya yang memang menarik perhatian ramai gadis untuk memujuknya. Untungnya lelaki ini, ramai gadis sedang menenangkan dan memujuknya dengan penuh perhatian. Sayang benar mereka kepadanya. Seketika aku merasa sayu kerana ketika itu aku berasa disisihkan dan dipulau oleh semua orang. Aku melayan perasaanku seorang diri. Aku cemburu dengan lelaki ini. Sekarang aku faham siapalah aku di mata mereka semua. Satu demi satu tweet yang aku baca. Setitik demi setitik air mataku mengalir melihat keperhatinan mereka kepadanya.
Aku mengambil keputusan untuk meluahkan segala yang aku rasa kepada seorang sahabatu ini. teman dunia akhiratku. Aku meluahkan tanpa memberitahunya tentang siapa 'dia' yang aku ceritakan. Aku tidak mahu mengaibkan orang. Cukuplah sekadar meluah tanpa memberitahu tentang itu. Alhamdulillah sahabatku ini telah menenangkan dan menasihatkan aku supaya berfikir waras. Syukur masih ada yang sayang. Aku yakin iman amat penting untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mengikut emosi yang pastinya dikawal oleh syaitan yang durjana. Apapun yang terjadi, hatiku telah terkuncin di dalam hatinya. Hatiku hanya buat dia seorang. Aku cuma ingin dia mengetahui bahawa cintaku padanya adalah agung. Sorry, sayang. I can't forget you, seriously :( Hmm assalamualaikum..
IAmFitriah :'(
-Penjara-

Langgan:
Catatan (Atom)