Jumaat, 28 Disember 2012

Abah...

Assalamualaikum...

Hmmm malam ni tetiba teringatkan abah. Apa-2 kalau ada masalah mesti mama kata, "Orang lain ada ayah, kita ni nak mengadu dekat siapa, dik?". Sebak sangat bila mama cakap macam tu :(
             Dulu masa abah masih ada, tiap-2 hujung minggu mesti abah bawa pergi makan luar. Abah tak suka bawa pergi tempat western, McD, Pizza Hut and semua tu. Abah selalu bawa pergi makan kedai mamak ataupun restoran melayu je :) Pernah jugak aku tanya mama, "Ma, kenapa abah tak nak bawa adik makan dekat McD?" and mama jawab, "Sebenarnya abah tak berapa tahu nak order dekat tempat macam tu, abah tak tahu macam mana nak sebut perkataan makanan dekat tempat macam tu." Ya Allah kesian abah :( pernah sekali abah bawa aku pergi KFC sebab aku merengek nakkan burger apa tah masa tu. Masa abah nak order, abah susah nak sebut. Kesian dekat abah, dalam pelat-2 aku, aku cuba sebutkan untuk abah. Hmm pengorbanan abah untuk aku, dia sanggup malu untuk beri apa yg aku mahu. ADIK HARGAI, ABAH...
             Ada jugak sekali masa tu abah kerja. Hanya aku dan mama di rumah. Kami tengok perkahwinan Mawi dan Ekin. Aku lapar masa tu sebab tak ada makanan dekat rumah. Aku mesej abah, "Abah, adik lapar. Adik tengok makanan dekat perkahwinan Mawi ni sedap lah." Tak lama lepas tu abah balik, dia bawakan nasi putih dengan ayam goreng dan kuah kari. Masa tu tak rasa apa-2, cuma happy sebab dapat makan. abah gembira tengok aku kenyang :') setelah abah pergi, baru aku sedar betapa sayangnya abah pada aku dan betapa dia ingin melihat aku senang. TERIMA KASIH, ABAH...
             Abah pelindung aku apabila dimarah mama. Kalau mama marah aku je, abah mesti bawa aku jalan-2 naik motor keluar ataupun tarik aku duduk dengan dia lepastu cium aku pastu 'cucuk' pipi aku dengan janggut cemeotnya yg tajam itu. Dulu abah selalu marah kalau aku buat salah. Tapi dia marah sebab sayang. Haritu dia baiki periuk nasi mama. Aku ni yang bodoh mengada-ngada nak pegang spring kat dalam tu (plug periuk terpasang). Lepastu spontan abah TERjerit marah aku. Aku ni sensitif, terus masuk bilik menangis pastu merajuk dengan abah. Lepas abah siap membaiku, dia terus pujuk aku. Dia kata, 'Adik marah abah ke? Maaf lah, abah marah sebab tak nak adik sakit. Kan periuk tu panas, nanti tangan adik jugak panas." Hmmm abah sangat menyayangi aku. ADIK RINDU ABAH...
              Aku sangat sayang abah. Sekali aku membuat salah, aku rasa seperti telah memalukan nama abah. Disebabkan itu aku cukup pantang kalau ada yg merendah-rendahkan keluarga aku. Meski kami susah, TOLONG JANGAN RENDAHKAN KAMI.. Hmm zaman sekarang orang tak pandang orang macam aku. Ya Allah, ampuni aku jika aku berlebihan, Ya Allah.. Mama selalu pesan, "Jangan menyusahkan walaupun abah takda. Biar kita berdiri atas kaki sendiri. abah pasti bangga melihat adik berjaya."
              Adik usaha untuk buat abah bangga, adik sayang abah :') KEPADA YANG MEMBACA, SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH BUAT ARWAH BAPAKU, KINTAN BIN MAT WALI. Terima kasih...

FitriahKinn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan