Khamis, 27 Disember 2012

'Kesilapan'

Assalamualaikum...

Aku telah pelajari tentang sesuatu. Tentang 'kesilapan'. Perkara ini pasti akan dilakukan oleh semua manusia biasa antara sengaja dengan tidak sengaja. Hmm apabila mereka melakukan kesilapan, adakalanya mereka tidaksedar akan kesilapan mereka.Orang yg tersakiti itu pasti akan merasa amat sakit dan perih. Orang yg melakukan kesilapan ini mungkin sudah terbiasa sehingga tidak sedar hati orang tersakiti. Apabila mereka sedar, mungkin mereka akan menyesal dan ada juga yang bersahaja..
               Orang yang menyesal ni mestilah akan meminta maaf. Minta maaf bukan sesikit, bersungguh woaa... Yaa jelaslah bahawa mereka menyesal. Bagi yg baik hati, 'kata maaf' akan dikeluarkan dengan begitu mudah. Tetapi bagi yg berdendam, haaa pujuklah sampi lembut hatinya seperti 'Blueberry Cheese Cake'. Haha sedap meh! :p TETAPI, si peminta maaf ni bukanlah pandai sangat. Dah minta maaf tapi mesti akan diulanginya. Haishh manusia manusia~ Believe me, walau seribu kali dia meminta maaf, tidak mustahil dia akan mengulanginya semula. Kesian mangsa hati luka ni kan? Ish ish..
               Bagi yg bersahaja ni pulak lagi menyakitkan. Tak tahulah apa masalh dia nak sakitkan hati orang. Bosan agaknya -__- hmm hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Moralnya di sini, Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, remember that ;-)

p/s: "Sesiapa tergigit cili terasalah pedasnya." hewhew :p

FitriahKinn
-JustForFun-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan