Saat kegembiraan bersama bermain di kotak ingatanku. Ketika dia bermain denganku, ketika dia melayan kerenahku, ketika dia melayan cita rasaku yang cerewet ini.. Hm perjalanan dari hari ke hari membuatkan aku rindukan semua itu. Dia tidak lagi melayanku seperti dulu. Dia sibuk dengan kerjanya. Entah apalah kerjanya sampai aku pun sampai dilupa olehnya.
Sejak kejadian itu aku menjadi semakin berdikari. Aku yang dahulunya manja dan hanya bergantung padanya untuk membelikanku sesuatu kini sudah pandai memberanikan diri berhadapan dengan 'casher'. Haha kelakar pun ada. Hmmm aku kecewa. Ke mana dia menghilang sehingga membuat aku terkapai-kapai seorang diri seolah-olah aku sudah tiada kakak?
Tatkala aku melabuhkan badan ke katil dan mataku ke siling, aku berfikir "Ke manakah kau, wahai kakakku?" Sedangkan ketika aku sakit pun kau tiada masa untuk menjengukku di rumah. Ada juga rasa kecil hati dengannya. Aku cuba menenangkan hati sendiri supaya tidak bersangka buruk lagi-lagi terhadap darah daging sendiri. Namun hari demi hari aku memikirkannya, semakin terluka hati aku dibuatnya. Mungkinkah aku memang sudah dilupakannya? Dahulu makanku akan sentiasa kau ikutkan. Apa sahaja yang terasa ingin aku sentuhkan ke tekakku yang cerewet ini akan kau berikan. Buat setakat makanan, apa sahaja yang aku inginkan akan kau berikan, apa sahaja! :'(
Aku cuma berharap Allah akan melembutkan hatinya untuk kembali ke rumah menjenguk aku, adiknya yang sangat merinduinya di sini. Orang kata, air dicincang takkan putus kan? In Shaa Allah pepatah itu betul.
Your little sister,
Nurull Fitriah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan