Assalamualaikum.....
Harini terasa nak cakap pasal perpisahan. Hm apa itu perpisahan? Perpisahan mungkin berlaku apabila dua orang insan berlainan jantina ataupun pasangan kekasih mengalami salah faham. Percintaan yang terjalin lama boleh terjejas hanya dek kerana pertengkaran yang entah apa puncanya dan akhirnya berlakulah perpisahan.
Perpisahan juga berlaku apabila orang yg kita sayang kembali kepada-Nya. Ini amat menyakitkan. Yelah, perpisahan yang lain tu kemungkinan boleh dirujuk semula namun yg ini tidak ada dapat menyatukan mereka semua hmm... Macam-macam lagi perpisahan yg ada sebenarnya, tapi susahlah kalau semuanya saya sebutkan kan?
Nak dengar cerita aku? Kisah aku dan 'dia'? Hm kami memang sudah lama berkawan (tak ada lah lama mana pun) kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kami sering bertengkar. Yang peliknya, bertengkar disebabkan benda yang cukup remeh. Haih kadang-kadang bosan juga aku. Pernah juga aku merajuk sampai terjadinya 'perpisahan pendek'. Cewah pelik pula bunyinya. Perpisahan pendek kami terjadi kerana perasaan cemburu aku. Aduhai, kawan je pun. Tapi yelah kalau dah nak cemburu nak buat macam mana kan? Aku penat sebenarnya bila cemburu ni. So aku ikutkan ego aku malas nak layan dia. Banyak 'missed calls' yang aku terima. Kasihan dia.. Ada juga beberapa pesanan ringkas yang dia beri. Tapi aku bersyukur sangat sebab perpisahan kami sekejap je yelah nama pun 'perpisahan pendek' kan, hehe.
Selalu sangat jadi macam tu. Gaduh. Baik. Gaduh. Baik. Penat... Penat... Semalam ada sesuatu terjadi. Dia call aku. Aku tak berapa suka dia selalu call aku. Bukan sebab benci, tapi merugikan. Yelah cuba korang fikir.. First, dia membazir kredit. Second, paksa diri tahan mengantuk. Lagipun aku dah kaji betul-betul setiap kalai kami berbual panjang dalam phone, mesti akan ada je benda yang nak buat mood masing-masing rosak. Pelik pun ada. Hm biasalah aku ni, panas baran. Pantang sakit hati sikit, mulalah nak fikir bukan-bukan. Malam tadi kami gaduh just sebab aku minta diri nak tidur. Heissshh menyakitkan hati betul. Lepas talian dimatikan, aku menghantar pesana ringkas, "Awak, lain kali call saya siang boleh tak?" kemudian balasan dia, "Saya tak pasti lagi yang saya akan call awak lain kali."
Ya Allah betapa tersentuhnya hati aku. Rasa macam diguris dengan pisau cukur! Aku buat rileks and balas, "Oh elok lah :D" and balasan aku buat dia bengang kot sampai dia balas "Thanks for your reaction."
Haa tulah, yang aku bodoh sangat balas 'oh elok lah' sampai buat happy smiley tu buat apa. Hmm lantaklah, aku pun dah penat. Sesi berbalas-balas makin menyakitkan hati bila dia balas "K." Ish rasa macam nak cekik-cekik je leher dia. Lebih baik tak payah balas. Kemudian perbualan lisan kami terhenti apabila aku mengambil keputusan untuk tidak membalas mesejnya dan tidur.
Tiba-tiba pukul 3:37 pagi aku terjaga. Tak sangka pula ada mesej daripadanya.
"Paling-paling pun replylah 'k'. Ni buat orang tertunggu-tunggu. Teruk."
Hm that's his first time cakap aku teruk. Ah biarlah.
Tapi jantung aku berdegup laju bila terbaca satu lagi pesanan daripadanya. Panjang betul. Bodohnya aku tak buka mesej tu sampai habis. And pagi tadi aku terima lagi satu mesej darinya.
"Last night were the last text. Goodbye. After PMR we can text..."
Heart breaking! Pecah terbelah berkecai hancur lebur hati aku. Kecewa :( Kenapa aku sedih? Bukan ke ni yang aku nak selama ni? Nak sangat berpisah kan, haa kan dah kena. Nak menangis pun ada. Aku tenangkan diri sendiri dengan kata-kata semangat buatan sendiri.
"Selamat tinggal."
Tu jelah yang mampu aku jawab. Sayang memanglah sayang, tapi nak buat macam mana kan...
Okay aku decide nak focus on exam yang makin mendekat ni. Wish me luck, guys! Assalamualaikum (:
FitriahKinn
-bottom of the World-
LOVE UR BLOG
BalasPadam