Rabu, 7 November 2012

Again, It's All About Jealousy

Assalamualaikum..

Entah apa yang kurasakan ini. Semakin sesak, semakin menderita rasanya. Rasa cemburu yang semakin tidak tertanggung. Jujur aku kecewa. Dia seperti tidak tahu apa yang kurasakan. Aku merasakan perubahan terhadap dirinya. Bukanlah aku ingin kata yang dia tidak menyayangiku. Dia sering berkata yang dia amat menyayangiku. Sedikit sebanyak rasanya aku patut meluahkannya di sini. Maafkan I kalau you marah. Hmm dia ada bercerita kepadaku bahawa ada seorang gadis yang pernah dia sukai. Dan sekarang gadis itu mencuba untuk memikat hatinya pula. Aku faham dia cuma ingin bercerita denganku tentang itu. Tetapi apa yang yang membuat aku curiga adalah dia sering saja bercerita tentang gadis manis itu. Memang, gadis itu manis dan comel orangnya. Siapalah aku jika ingin dibandingkan dengannya. Hmm aku masih sabar (:
                Seterusnya dia ada bercerita tentang seorang gadis yang sering mengadu nasib kepadanya. Ha Ha Ha, sejak bila lah dia jadi seorang yang peramah ni. Setahu aku dia seorang yang sombong, malah sebelum kami rapat tidak pula dia sebegini. Cemburu, jelas cemburu. Aku ada banyak terbaca tweet mereka. Kelihatan mesra sekali. aku yakin gadis itu ada menyimpan perasaan terhadapnya. Hmm gadis manalah yang tidak terpikat dengan wajah menawannya itu. semakin lama semakin ramai pula gadi yang suka ber'tweet' dengannya. Semuanya menggunakan ayat yang mesra dan amat mengancam aku. Dia pula melayan mereka dengan cukup baik dan boleh tahan lembutlah. 'Kita' menyampah. Hmm kadang-2 aku menunggu juga mention darinya ketika aku sedang sunyi ber'tweet' seorang diri. In your dreams, Fitriah! Hmm dia busy. Tak apa, aku faham.
               Kemudian baru-2 ini aku ada tweet dengan seorang rakan gadisku yang 'agak rapat' denganku. Hmm dia cantik dan teramat cantik. Dia kaya. Dia fasih berbahas Inggeris. Hmm sempurnanya dia. Aku? Aku hodoh. Aku hidup dalam serba kekurangan. Bahasa Inggerisku tidaklah sefasihnya. Gadis ini pernah disukai oleh si dia. Gadis ini amat dicintai dan disukainya. Dia menunggu gadis ini lebih daripada setahun. Namun katanya hatinya telah berubah kepadaku. Aku ber'mention' dengan gadis itu tentang perancanganku ingin ke Bandar Sunway. Tidak lama selepas itu aku mendapat bbm daripada si dia berkata
              "Jangan kata yang I ada masa hang nanti." Aku cuma bersetuju kerana aku tidak terdetik apa-2 ketika itu. Persetujuanku dibalas dengan, "I nak tengok muka dia nanti." kata-katanya itu diakhiri dengan smiley yang jelas dia amat gembira kerana 'crush'nya akan menyertai kami nanti. Hatiku terlintas berkata, "Tunggulkah aku dilakukan sebegitu? Tidakkan dia rasa kata-katanya itu amat mengguris hatiku ini?." Hmm aku bersabar. Aku mengambil keputusan untuk memutuskan perbualan kami melalui bbm itu dengan harapan kepalaku tidak menjadi semakin kusut. Tetapi keputusanku itu dibalas dengan pemberontakannya yang memang menarik perhatian ramai gadis untuk memujuknya. Untungnya lelaki ini, ramai gadis sedang menenangkan dan memujuknya dengan penuh perhatian. Sayang benar mereka kepadanya. Seketika aku merasa sayu kerana ketika itu aku berasa disisihkan dan dipulau oleh semua orang. Aku melayan perasaanku seorang diri. Aku cemburu dengan lelaki ini. Sekarang aku faham siapalah aku di mata mereka semua. Satu demi satu tweet yang aku baca. Setitik demi setitik air mataku mengalir  melihat keperhatinan mereka kepadanya.
              Aku mengambil keputusan untuk meluahkan segala yang aku rasa kepada seorang sahabatu ini. teman dunia akhiratku. Aku meluahkan tanpa memberitahunya tentang siapa 'dia' yang aku ceritakan. Aku tidak mahu mengaibkan orang. Cukuplah sekadar meluah tanpa memberitahu tentang itu. Alhamdulillah sahabatku ini telah menenangkan dan menasihatkan aku supaya berfikir waras. Syukur masih ada yang sayang. Aku yakin iman amat penting untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mengikut emosi yang pastinya dikawal oleh syaitan yang durjana. Apapun yang terjadi, hatiku telah terkuncin di dalam hatinya. Hatiku hanya buat dia seorang. Aku cuma ingin dia mengetahui bahawa cintaku padanya adalah agung. Sorry, sayang. I can't forget you, seriously :( Hmm assalamualaikum..

IAmFitriah :'(
-Penjara-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan