Assalamualaikum..
Hi! :D Mmm today I want to talk about............. JEALOUSY. Yeah jealousy. Cemburu.
Iri hati. Eh salah salah, iri hati tiada dalam senarai, ehhe :p Perasaan cemburu wujud pada setiap manusia. Bukan manusia lah awak tu andai tidak ada perasaan cemburu. Apabila perasaan ini mula menguasai diri, hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa peritnya rasa. Hendak menangis, takut dikata keterlaluan. Hendak menjerit, takut dikata gila. Hendak berlari selaju-lajunya, lari pun tak laju :p Hmmm kenapalh perasaan ini wujud ya? Haaa jawapannya itu rahsia ALLAH :) Ingin aku kongsikan tentang rasaku. Mungkin aku ini antara orang yang 'pelik'. Yaa ramai rakanku kata begitu. Antara kepelikan yang ada padaku terjadi ketika aku berasa cemburu. Bila sudah cemburu, haa mulalah hatiku gelisah. Hendak dibuat itu terbantut, hendak dibuat ini terbantut. Semuanya serba tidak kena. Tambahan lagi, sistem pernafasanku menjadi sesak dan bagaikan mahu
mati. Nasib baik dipanjangkan umur. Tidak pasal pasal masuk paper tajuk utama '
Seorang Remaja Perempuan Mati Akibat Cemburu Melampau' haha tidakkah 'famous' keluargaku nanti? Sudah sesak nafas, kerongkongku pula rasa seperti dicengkam kuat. Woaaahh macam kena dera dah. Langkah yang aku ambil untuk melegakan hati adalah menangis. Aku menangis sepuasnya! Tersedu-sedu aku. Tapi itu tidak cukup. Aku mengambil wudhu' dan pergi solat. Tidak pun aku berwudhu' dan terus baring memeluk bantal sehingga tertidur. InsyaAllah esok paginya rasa yang 'menyiksa' itu sudah hilang. Hmm parah betul penyakitku ini. Itulah kuasa Allah. Itulah lumrah hidup. Itulah fitrah manusia. Dengan perasaan cemburu inilah yang menambahkan rasa sayang kita pada seseorang yang jelas amat istimewa buat kita. Rasa cemburu inilah yang menjadi bukti cinta seseorang. Rasa cemburu inilah yang menambahkan semangat kita untuk jadi yang terbaik untuk si dia. Okay that's all for todak. Bye, assalamualaikum.
IAmFitriah <3
-Jealousy Department-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan