Khamis, 11 Oktober 2012

M.A.E.L :)

Assalamualaikum..

Wanna share something ni. Aku telah mengenali seorang lelaki dan mula rapat dengannya bermula pada awal tahun ini. Dia seorang yang tinggi ( daripada Fit ), tough ( maybe ), handsome ( some people say ) and sedikit panas baran. Kami berada diberlainan kelas. Kami mula rapat selepas dia memanggilku ( call ) dan . Dulu aku agak benci kepadanya. Teruk pulak bunyi benci itu kan? Baiklah, agak 'kurang suka' kepadanya'. Bagiku dulu, dia seorang yang 'nakal' dan agak kurang ajar. Tahun lepas dia sering menghalang jalanku ketika ingin ke kelas agama kerana pada tahun lepas kelas agama bagi pelajar perempuan diadakan dikelasnya dan bagi pelajar lelaki dikelasku. Dia sering memandangku dengan 'tenungan aneh' dia tu O.o wuhhh menyampah ada. Aku tidak menjangkakan apa-apa pun pada tahun lepas. Tetapi pada awal tahun ini dia mula meluahkan rasanya kepadaku. Ha Ha Ha, memang aku terkejut dan amatlah kaget. Aku hanya berkawan dengannya. Aku terimanya sebagai sahabat kerana dia telah melayanku dengan baik.

*being friends*

Aku tidak mahu berhubungan cinta dengannya kerana aku tahu itu akan melalaikanku dan aku tahu percintaan di umur muda ini tidak tentu lagi akan berkekalan lama, KANN? Hehe. Aku lebih selesa bersahabat dengan ramai orang tidak kira lelaki mahupun perempuan. Hubungan kami merapat dan semakin rapat. Dia sering menungguku ketika pulang sekolah. Aku kurang selesa dengan keadaan ini bukan kerana aku membencinya, tetapi aku takut hubungan kami disalah anggap. Hmmm hendak dijadikan kisah pada bulan Ramadhan yang lalu, aku mulai rapat dengan seorang lelaki yang juga merupakan my ex-crush ( eh? ). And dia juga berada sama kelas dengan lelaki itu. Dia telah mencelakakan lelaki itu. Aku amatlah kecewa dan perbuatan itu membuatkan aku susah untuk memaafkan dia. Hubungan kami semakin renggang. Walaupun begitu, kami tetap berhubung. Hmmm aku tidak tahu mahu katakan apa kerana aku hanya sayangi dia sebagai seorang sahabat. SAHABAT KARIB. Aku pernah menyukai dia dan mencintai dia, tetapi rasa itu mulai luntur selepas kejadian itu. Aku merasakan dia tidak patut melakukan perkara itu. Aku akan cuba memperbaiki persahabatan kami dan menerangkan kepadanya satu persatu tentang rasa aku kepadanya dan perasaanku kepada insan yang benar-benar aku cinta. semoga Allah membantuku :)
*Dia yang aku maksudkan di dalam kisah ini ialah Mael :) Sahabatku dunia akhirat, InsyaAllah.*
Assalamualaikum...

IAmFitriah <3
-in the middle of the Sea-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan