Khamis, 6 September 2012

Thank You Mr Namia :)

Assalamualaikum :)

Hari ini aku dikejutkan dengan pemberian seseorang. Seriously mengejutkan. Sesuatu yang sangat bernilai dan sangatlah aku tidak mampu untuk menerimanya. Bukanlah diri aku jika terus menerima sesuatu daripada seseorang tanpa berkhidmat atau dengan kata lain bekerja untuk mereka. Aku sedar aku bukanlah anak orang kaya dan aku lahir daripada keluarga yang serba sederhana. Aku tidak mampu untuk menerimanya kerana aku tahu aku tidak akan mampu untuk membalasnya kerana aku bukanlah anak orang berada. Andai aku kumpul wang sakuku selama sebulan pun belum tentu akan mencukupi untuk membalas jasa dia. Dia amat baik kepadaku dan macam-2 telah dia lakukan untukku. Aku tidak minta untuk diberi apa-2. Aku ingin saja berkeras supaya jangan mengeluarkan sedikit wang pun untukku kerana aku masih mampu membeli sesuatu dengan wang saku kusendiri. Mama selalu berkata Adik jangan menyusahkan orang. Biar kita dihina mahupun diarah, asalkan jangan kita yang memberi beban kepada orang lain kerana kita takda duit, kita bukan orang senang, dik. Kata-2 itu akan sentiasa terpahat di hatiku sebagai tanda hormat dan sayang kepada mama. Aku diasuh supaya tidak bercita rasa tinggi sejak dari kecil lagi. Tetapi setakat ini apa yang aku mahukan akan mama usahakan. Ingin saja aku memulangkan kembali pemberiannya itu, tetapi rakan-rakanku menghalang kerana takut dia akan berkecil hati. Demi menjaga hati dan perasaannya, aku menerimanya. Tetapi sampai sekarang hatiku masih gelisah. Aku takut orang tuanya akan menyalahkan aku. Aku takut aku akan disalah anggap dan di'cop' sebagai 'anak orang miskin yang tidak sedar diri yang hanya tahu menghabiskan harta orang'. Ya Allah, jauhkanlah hamba dari prasangka buruk itu. Aku hanya ingin belajar mengejar cita-citaku untuk membuat keluargaku bangga dengan kejayaanku. Hmmm aku hanya mampu mengucapkan beribu berjuta dan berbilion terima kasih kepada dia. Hmm Assalamualaikum...

IAmFitriah <3
-In the box-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan