Sabtu, 31 Mac 2012

Mimpi Indah. :)

Matahari yang menyinar menyilaukan mata.
Mimpiku tentang dia tersentak.
Terasa pantas mimpi indah itu menyinggah.
Andai dapat ku ulang dan menyambung mimpi indah itu.
Manisnya hidup.. Indahnya dunia.. Terangnya masa depan..
*senyum sendirian*
Teringat kepada mimpi itu.
Kau menyapa aku.
Kau lontarkan senyuman manismu kepadaku.
Kau menari riang untuk menghibur hatiku.
SuhanAllah, indahnya mimpi yang telah kau sajikan untukku Allah. :)

Saat perkenalan kita yang pertama.
Itu cukup mengejutkan kerana engkau
pernah muncul di dalam mimpiku..
Tidak sangka insan yang pernah hadir di
dalam mimpi indahku itu akhirnya
menjadi temanku sekarang..
Aku takut.. sungguh aku takut..
Aku takut aku akan jatuh cinta kepadamu.
Tidak... tidak..
Aku akan cuba untuk mengelak dari menyintaimu..

Sukar untuk mengatakan apa yang ku rasa sekarang..
Kau cukup baik..
Kau memberikan perhatian kau kepadaku..
Kau mengambil berat terhadap diriku..
Sungguh berat untuk aku menahan rasa ini.
Rasa rindu yang menggunung ketika kau tiada.
Rasa sayu yang mendalam ketika kau bersama yang lain.
Rasa kecewa yang membuak ketika kau tidak menyedari
kehadiranku di sini..
Rasa cemburu yang menggila ketika kau bergurau senda
dengan lain.

Ya Allah..
Engkau kuatkanlah hati ini..
Engkau tenangkanlah jiwa ini..
Andai dia lah yang ku cari dan andai dia lah takdirku,
satukanlah kami dengan cara baik..
Jika dia bukan takdirku,
jodohkanlah dia dengan orang yang Solehah, InsyaAllah..
Aminn...

IAmFit_riah <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan