Saat aku sedang bahagia bersamanya, datang seorang insan. Insan itu meluahkan segala apa yang dirasa. Pengakuan ikhlasnya menggoncang keras jiwaku. Aku yang seolah dibuai mimpi tidak mempercayainya. Susah untuk aku mempercayai sesuatu yang aku rasa tidak akan berlaku. Menyukai si dia adalah sesuatu yang biasa apabila seseorang melihat wajahnya. Wajahnya bersahaja dan dapat dilihat keikhlasan di wajahnya. Segala yang ada pada dirinya mampu mempersona hati sesiapa sahaja termasuk aku. Aku terpaku ketika kali pertama melihat senyuman yang dia ukir khas buatku. Walau senyum itu cuma diberi sebagai sahabat, aku juga menerimanya sebagai sahabat. Aku sudah pasti dan amat yakin bahawa dia tidak akan menyukaiku. Aku boleh diumpamakan seekor semut merah yang bisa dipijak sehingga mati oleh sesiapa sahaja. Lainlah dia, dia hebat. Tak kira di mana dia berada, dia sentiasa dipandang 'gah' oleh semua orang. Tanpa aku sedari, setelah niat hati kecilku ingin memilikinya aku padamkan, dia pula datang kepadaku memberitahu tentang rasa hatinya. Dia meluahkan dengan perlahan. Dia menerangkan dengan lembut. Sinar matanya menatap tajam ke arah mataku. Aku tersentak tatkala itu berlaku. Aku cuba untuk tidak mempercayainya. Bagiku, sesiapa yang berjaya menakluki hatinya adalah seseorang yang amat bertuah dan sangat hebat. Aku tidak merasakan yang aku hebat, tetapi aku merasa bertuah. Dia sangat baik dan tersangat ikhlas. Pabila senyuman ikhlasnya disedekahkan kepadaku, aku tidak mampu menolaknya. Aku hanya mampu tersenyum dan biar diri dibuai mimpi.
Tapi apa yang membimbangkan adalah, aku sudah dimiliki. Si dia amat mencintaiku begitu juga aku. Aku dibelenggu. Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat memilih masa depan yang baik :) Aku berserah. Assalamualaikum
IAmFitriah <3
Home
Tiada ulasan:
Catat Ulasan