Jumaat, 17 Ogos 2012

Nasib Sebelum Menjelang Syawal

Selama sebulan telah aku harungi bulan Ramadhan. Pelbagai suka dan duka telah aku lalui. Ada kala aku tertawa, ada kala aku menangis. Aku gembira bersama rakan-2 menjalani puasa. Kami tidak mengenal erti penat kerana kami tahu kami mempunyai antara satu sama lain untuk bergembira. Aku juga bahagia menjalani bulan Ramadhan bersama keluarga tercinta. Aku cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa di Bulan Ramadan ini terutama mama. Tetapi, apabila Ramadhan makin berakhir ada sesuatu telah berlaku padaku. Ia bagaikan ribut yang tiba-2 melanda ketika angin lembut membuai. Aku tiba-2 ditimpa bencana. Aku difitnah oleh hamba Allah yang 'sesuatu'. Ketika aku berehat di rumah Allah setelah penat menjalani latihan, aku disangka buruk. Aku dikatakan melakukan sesuatu yang buruk dia surau. Aku dikatakan melanggar adab Islam. Tanpa usul periksa mama menerima suatu panggilan yang meruntuhkan kegembiraan mama. Seorang guru telah Memberitahu mama bahawa aku telah melakukan satu kesalahan yang besar di sekolah. Betapa sakitnya hatiku apabila akak memberitahu bahawa mama terus menangis apabila mendengar berita itu. Aku benci melihat mama bersedih! Aku benci melihat mama menangis! Aku benci melihat mama kecewa denganku! Mereka kejam! Kalian memfitnah! Aku telah berjanji akan tidak membuat apa-2 kesalahan di sekolah demi menjaga nama baik mama. Tetapi tiba-2 berita buruk ini sampau kepengetahuan mama. Aku tidak dapat memaafkan diriku kerana mama telah kecewa denganku. Meski mama mempercayaiku bahawa aku tidak melakukan apa-2, tetapi mama telah malu keranaku. Kenapa kalian begitu kejam? Kenapa kalian sanggup melakukan itu padaku? Apa salah aku pada kalian? Aku dengan 'dia' tidak melakukan apa-2 yang salah. Kami cuma berbual sebagai sahabat, tidak lebih. Aku kecewa dengan kalian.

Raya semakin hampir. Hatiku masih tidak sembuh. Sakit betul hatiku apabila memikirkan tentang itu. Aku masih tidak dapat memaafkan mereka. Bukan kerana ego, tetapi kerana hati mama telah mereka hancurkan. InsyaAllah bila hatiku sudah tenang, aku akan memaafkan mereka. Assalamualaikum

IAmFitriah :'(
Home

Tiada ulasan:

Catat Ulasan