Khamis, 9 Ogos 2012

Kasih Mama

   Selama 14 tahun aku hidup, kerja mama hanya menjahit baju. Bermula dari beliau masih muda hingga sekarang. Pada 1 Mac yang lepas mama telah genap 56 tahun. Kesian yang teramat aku rasakan terhadap mama. Beliau menjahit demi untuk membesarkan aku. Walaupun akak dan abang sudah bekerja dan boleh manyara kami, tetapi mereka mempunyai keperluan lain untuk dibuat selain untukku. Mama terpakasa bersengkang mata setiap hari menjahit baju-2 pelanggannya. Kadang-2 aku terfikir, bilakah waktunya untuk berehat dengan cukup? Tidakkah mama penat? Adik tahu mama penat. Kadang-2 tatkala beliau terlalu penat, aku akan dimarahinya, tetapi aku tahu bukan kehendaknya untuk memarahiku sesuka hatinya, beliau penat :) Kalau adik pandai menjahit, adik tolong mama. Mama kata bila adik dah besar mama nak ajar adik menjahit kan? InsyaAllah adik akan tolong mama. adik taknak tengok mama kepenatan lagi. Menjahit adalah sesuatu pekerjaan yang susah tetapi upahnya tidaklah terlalu untung. Aku tahu, dek kerana upah menjahit mama lah aku dapat belajar sehingga sekarang, dapat berpakaian sempuran, dapat makanan yang cuku dan dapat tempat tinggal yang selesa. Hanya mama harapan adik kerana abah telah pun meninggalkan adik. Adik jugalah harapan keluarga untuk mengubah nasib hidup kita ini kepada yang lebih baik. Adik akan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya InsyaAllah. Adik sayang keluarga kita :)

IAmFitriah <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan