Rabu, 7 November 2012

Jealousy (:

Assalamualaikum..

Hi! :D Mmm today I want to talk about............. JEALOUSY. Yeah jealousy. Cemburu. Iri hati. Eh salah salah, iri hati tiada dalam senarai, ehhe :p Perasaan cemburu wujud pada setiap manusia. Bukan manusia lah awak tu andai tidak ada perasaan cemburu. Apabila perasaan ini mula menguasai diri, hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa peritnya rasa. Hendak menangis, takut dikata keterlaluan. Hendak menjerit, takut dikata gila. Hendak berlari selaju-lajunya, lari pun tak laju :p Hmmm kenapalh perasaan ini wujud ya? Haaa jawapannya itu rahsia ALLAH :) Ingin aku kongsikan tentang rasaku. Mungkin aku ini antara orang yang 'pelik'. Yaa ramai rakanku kata begitu. Antara kepelikan yang ada padaku terjadi ketika aku berasa cemburu. Bila sudah cemburu, haa mulalah hatiku gelisah. Hendak dibuat itu terbantut, hendak dibuat ini terbantut. Semuanya serba tidak kena. Tambahan lagi, sistem pernafasanku menjadi sesak dan bagaikan mahu mati. Nasib baik dipanjangkan umur. Tidak pasal pasal masuk paper tajuk utama 'Seorang Remaja Perempuan Mati Akibat Cemburu Melampau' haha tidakkah 'famous' keluargaku nanti? Sudah sesak nafas, kerongkongku pula rasa seperti dicengkam kuat. Woaaahh macam kena dera dah. Langkah yang aku ambil untuk melegakan hati adalah menangis. Aku menangis sepuasnya! Tersedu-sedu aku. Tapi itu tidak cukup. Aku mengambil wudhu' dan pergi solat. Tidak pun aku berwudhu' dan terus baring memeluk bantal sehingga tertidur. InsyaAllah esok paginya rasa yang 'menyiksa' itu sudah hilang. Hmm parah betul penyakitku ini. Itulah kuasa Allah. Itulah lumrah hidup. Itulah fitrah manusia. Dengan perasaan cemburu inilah yang menambahkan rasa sayang kita pada seseorang yang jelas amat istimewa buat kita. Rasa cemburu inilah yang menjadi bukti cinta seseorang. Rasa cemburu inilah yang menambahkan semangat kita untuk jadi yang terbaik untuk si dia. Okay that's all for todak. Bye, assalamualaikum.

IAmFitriah <3
-Jealousy Department-

Khamis, 11 Oktober 2012

M.A.E.L :)

Assalamualaikum..

Wanna share something ni. Aku telah mengenali seorang lelaki dan mula rapat dengannya bermula pada awal tahun ini. Dia seorang yang tinggi ( daripada Fit ), tough ( maybe ), handsome ( some people say ) and sedikit panas baran. Kami berada diberlainan kelas. Kami mula rapat selepas dia memanggilku ( call ) dan . Dulu aku agak benci kepadanya. Teruk pulak bunyi benci itu kan? Baiklah, agak 'kurang suka' kepadanya'. Bagiku dulu, dia seorang yang 'nakal' dan agak kurang ajar. Tahun lepas dia sering menghalang jalanku ketika ingin ke kelas agama kerana pada tahun lepas kelas agama bagi pelajar perempuan diadakan dikelasnya dan bagi pelajar lelaki dikelasku. Dia sering memandangku dengan 'tenungan aneh' dia tu O.o wuhhh menyampah ada. Aku tidak menjangkakan apa-apa pun pada tahun lepas. Tetapi pada awal tahun ini dia mula meluahkan rasanya kepadaku. Ha Ha Ha, memang aku terkejut dan amatlah kaget. Aku hanya berkawan dengannya. Aku terimanya sebagai sahabat kerana dia telah melayanku dengan baik.

*being friends*

Aku tidak mahu berhubungan cinta dengannya kerana aku tahu itu akan melalaikanku dan aku tahu percintaan di umur muda ini tidak tentu lagi akan berkekalan lama, KANN? Hehe. Aku lebih selesa bersahabat dengan ramai orang tidak kira lelaki mahupun perempuan. Hubungan kami merapat dan semakin rapat. Dia sering menungguku ketika pulang sekolah. Aku kurang selesa dengan keadaan ini bukan kerana aku membencinya, tetapi aku takut hubungan kami disalah anggap. Hmmm hendak dijadikan kisah pada bulan Ramadhan yang lalu, aku mulai rapat dengan seorang lelaki yang juga merupakan my ex-crush ( eh? ). And dia juga berada sama kelas dengan lelaki itu. Dia telah mencelakakan lelaki itu. Aku amatlah kecewa dan perbuatan itu membuatkan aku susah untuk memaafkan dia. Hubungan kami semakin renggang. Walaupun begitu, kami tetap berhubung. Hmmm aku tidak tahu mahu katakan apa kerana aku hanya sayangi dia sebagai seorang sahabat. SAHABAT KARIB. Aku pernah menyukai dia dan mencintai dia, tetapi rasa itu mulai luntur selepas kejadian itu. Aku merasakan dia tidak patut melakukan perkara itu. Aku akan cuba memperbaiki persahabatan kami dan menerangkan kepadanya satu persatu tentang rasa aku kepadanya dan perasaanku kepada insan yang benar-benar aku cinta. semoga Allah membantuku :)
*Dia yang aku maksudkan di dalam kisah ini ialah Mael :) Sahabatku dunia akhirat, InsyaAllah.*
Assalamualaikum...

IAmFitriah <3
-in the middle of the Sea-



Khamis, 6 September 2012

Thank You Mr Namia :)

Assalamualaikum :)

Hari ini aku dikejutkan dengan pemberian seseorang. Seriously mengejutkan. Sesuatu yang sangat bernilai dan sangatlah aku tidak mampu untuk menerimanya. Bukanlah diri aku jika terus menerima sesuatu daripada seseorang tanpa berkhidmat atau dengan kata lain bekerja untuk mereka. Aku sedar aku bukanlah anak orang kaya dan aku lahir daripada keluarga yang serba sederhana. Aku tidak mampu untuk menerimanya kerana aku tahu aku tidak akan mampu untuk membalasnya kerana aku bukanlah anak orang berada. Andai aku kumpul wang sakuku selama sebulan pun belum tentu akan mencukupi untuk membalas jasa dia. Dia amat baik kepadaku dan macam-2 telah dia lakukan untukku. Aku tidak minta untuk diberi apa-2. Aku ingin saja berkeras supaya jangan mengeluarkan sedikit wang pun untukku kerana aku masih mampu membeli sesuatu dengan wang saku kusendiri. Mama selalu berkata Adik jangan menyusahkan orang. Biar kita dihina mahupun diarah, asalkan jangan kita yang memberi beban kepada orang lain kerana kita takda duit, kita bukan orang senang, dik. Kata-2 itu akan sentiasa terpahat di hatiku sebagai tanda hormat dan sayang kepada mama. Aku diasuh supaya tidak bercita rasa tinggi sejak dari kecil lagi. Tetapi setakat ini apa yang aku mahukan akan mama usahakan. Ingin saja aku memulangkan kembali pemberiannya itu, tetapi rakan-rakanku menghalang kerana takut dia akan berkecil hati. Demi menjaga hati dan perasaannya, aku menerimanya. Tetapi sampai sekarang hatiku masih gelisah. Aku takut orang tuanya akan menyalahkan aku. Aku takut aku akan disalah anggap dan di'cop' sebagai 'anak orang miskin yang tidak sedar diri yang hanya tahu menghabiskan harta orang'. Ya Allah, jauhkanlah hamba dari prasangka buruk itu. Aku hanya ingin belajar mengejar cita-citaku untuk membuat keluargaku bangga dengan kejayaanku. Hmmm aku hanya mampu mengucapkan beribu berjuta dan berbilion terima kasih kepada dia. Hmm Assalamualaikum...

IAmFitriah <3
-In the box-

Khamis, 23 Ogos 2012

Cinta Terhalang a.k.a Cinta Terlarang

              Assalamualaikum

Entah apa yang kurasakan. Perasaan yang pernah ada. Perasaan gelisah mula mendatang ketika dia menghilang, perasaan rindu menerkam ketika dia tidak di sisi. Apakah maksudnya? Tetapi, ada sesuatu yang telah berlaku antara aku dan keluargaku. Setiap hari ada saja yang tidak kena denganku. Setiap kesalahan yang aku lakukan dikaitkan dengan si dia. Aku benci! Geli rasanya ingin katakan ini, 'cinta kita mungkin terhalang'. Euuww! Terlebih jiwang, tetapi itulah hakikatnya. Semua yang kita lakukan dipandang salah. Entah apa yang salah di mata mereka. Kita tidak melakukan apa-2 perkara yang salah, kan? Hmm, hati masing-2 sedang panas mungkin. Hmmm... aku rindu. Itu yang hati aku katakan. Mata ingin melihatmu, mulut mahu berbicara denganmu, telinga ingin mendengar suara manismu :) Hanya satu perkataan bisa menerangkan semua itu, RINDU. Yaa, aku rindu. Andai kau tahu apa yang kurasakan. andai kau tahu apa yg patut kau lakukan. Indahnya jika semua yang kita lakukan tidak dipersalahkan. Guru mempersoalkan setiap apa yang kami lakukan. Mereka mengatakan apa yang kami lakukan itu salah dari semua sisi. Keluarga mengatakan semua yang mereka tidak puas hati denganku kerana dia. Tidak! Ini semua tiada kena mengena dengannya. Andai kalian kata kami salah, sebenarnya aku yang salah. Jangan persalahkan dia, dia baik dan teramat baik buatku. Cinta terlarang or cinta terhalang? Both also can lah :) Assalamualaikum

IAmFitriah <3

Sabtu, 18 Ogos 2012

Dilema

Saat aku sedang bahagia bersamanya, datang seorang insan. Insan itu meluahkan segala apa yang dirasa. Pengakuan ikhlasnya menggoncang keras jiwaku. Aku yang seolah dibuai mimpi tidak mempercayainya. Susah untuk aku mempercayai sesuatu yang aku rasa tidak akan berlaku. Menyukai si dia adalah sesuatu yang biasa apabila seseorang melihat wajahnya. Wajahnya bersahaja dan dapat dilihat keikhlasan di wajahnya. Segala yang ada pada dirinya mampu mempersona hati sesiapa sahaja termasuk aku. Aku terpaku ketika kali pertama melihat senyuman yang dia ukir khas buatku. Walau senyum itu cuma diberi sebagai sahabat, aku juga menerimanya sebagai sahabat. Aku sudah pasti dan amat yakin bahawa dia tidak akan menyukaiku. Aku boleh diumpamakan seekor semut merah yang bisa dipijak sehingga mati oleh sesiapa sahaja. Lainlah dia, dia hebat. Tak kira di mana dia berada, dia sentiasa dipandang 'gah' oleh semua orang. Tanpa aku sedari, setelah niat hati kecilku ingin memilikinya aku padamkan, dia pula datang kepadaku memberitahu tentang rasa hatinya. Dia meluahkan dengan perlahan. Dia menerangkan dengan lembut. Sinar matanya menatap tajam ke arah mataku. Aku tersentak tatkala itu berlaku. Aku cuba untuk tidak mempercayainya. Bagiku, sesiapa yang berjaya menakluki hatinya adalah seseorang yang amat bertuah dan sangat hebat. Aku tidak merasakan yang aku hebat, tetapi aku merasa bertuah. Dia sangat baik dan tersangat ikhlas. Pabila senyuman ikhlasnya disedekahkan kepadaku, aku tidak mampu menolaknya. Aku hanya mampu tersenyum dan biar diri dibuai mimpi.

Tapi apa yang membimbangkan adalah, aku sudah dimiliki. Si dia amat mencintaiku begitu juga aku. Aku dibelenggu. Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat memilih masa depan yang baik :) Aku berserah. Assalamualaikum

IAmFitriah <3
Home

Jumaat, 17 Ogos 2012

Nasib Sebelum Menjelang Syawal

Selama sebulan telah aku harungi bulan Ramadhan. Pelbagai suka dan duka telah aku lalui. Ada kala aku tertawa, ada kala aku menangis. Aku gembira bersama rakan-2 menjalani puasa. Kami tidak mengenal erti penat kerana kami tahu kami mempunyai antara satu sama lain untuk bergembira. Aku juga bahagia menjalani bulan Ramadhan bersama keluarga tercinta. Aku cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa di Bulan Ramadan ini terutama mama. Tetapi, apabila Ramadhan makin berakhir ada sesuatu telah berlaku padaku. Ia bagaikan ribut yang tiba-2 melanda ketika angin lembut membuai. Aku tiba-2 ditimpa bencana. Aku difitnah oleh hamba Allah yang 'sesuatu'. Ketika aku berehat di rumah Allah setelah penat menjalani latihan, aku disangka buruk. Aku dikatakan melakukan sesuatu yang buruk dia surau. Aku dikatakan melanggar adab Islam. Tanpa usul periksa mama menerima suatu panggilan yang meruntuhkan kegembiraan mama. Seorang guru telah Memberitahu mama bahawa aku telah melakukan satu kesalahan yang besar di sekolah. Betapa sakitnya hatiku apabila akak memberitahu bahawa mama terus menangis apabila mendengar berita itu. Aku benci melihat mama bersedih! Aku benci melihat mama menangis! Aku benci melihat mama kecewa denganku! Mereka kejam! Kalian memfitnah! Aku telah berjanji akan tidak membuat apa-2 kesalahan di sekolah demi menjaga nama baik mama. Tetapi tiba-2 berita buruk ini sampau kepengetahuan mama. Aku tidak dapat memaafkan diriku kerana mama telah kecewa denganku. Meski mama mempercayaiku bahawa aku tidak melakukan apa-2, tetapi mama telah malu keranaku. Kenapa kalian begitu kejam? Kenapa kalian sanggup melakukan itu padaku? Apa salah aku pada kalian? Aku dengan 'dia' tidak melakukan apa-2 yang salah. Kami cuma berbual sebagai sahabat, tidak lebih. Aku kecewa dengan kalian.

Raya semakin hampir. Hatiku masih tidak sembuh. Sakit betul hatiku apabila memikirkan tentang itu. Aku masih tidak dapat memaafkan mereka. Bukan kerana ego, tetapi kerana hati mama telah mereka hancurkan. InsyaAllah bila hatiku sudah tenang, aku akan memaafkan mereka. Assalamualaikum

IAmFitriah :'(
Home

Khamis, 9 Ogos 2012

Kasih Mama

   Selama 14 tahun aku hidup, kerja mama hanya menjahit baju. Bermula dari beliau masih muda hingga sekarang. Pada 1 Mac yang lepas mama telah genap 56 tahun. Kesian yang teramat aku rasakan terhadap mama. Beliau menjahit demi untuk membesarkan aku. Walaupun akak dan abang sudah bekerja dan boleh manyara kami, tetapi mereka mempunyai keperluan lain untuk dibuat selain untukku. Mama terpakasa bersengkang mata setiap hari menjahit baju-2 pelanggannya. Kadang-2 aku terfikir, bilakah waktunya untuk berehat dengan cukup? Tidakkah mama penat? Adik tahu mama penat. Kadang-2 tatkala beliau terlalu penat, aku akan dimarahinya, tetapi aku tahu bukan kehendaknya untuk memarahiku sesuka hatinya, beliau penat :) Kalau adik pandai menjahit, adik tolong mama. Mama kata bila adik dah besar mama nak ajar adik menjahit kan? InsyaAllah adik akan tolong mama. adik taknak tengok mama kepenatan lagi. Menjahit adalah sesuatu pekerjaan yang susah tetapi upahnya tidaklah terlalu untung. Aku tahu, dek kerana upah menjahit mama lah aku dapat belajar sehingga sekarang, dapat berpakaian sempuran, dapat makanan yang cuku dan dapat tempat tinggal yang selesa. Hanya mama harapan adik kerana abah telah pun meninggalkan adik. Adik jugalah harapan keluarga untuk mengubah nasib hidup kita ini kepada yang lebih baik. Adik akan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya InsyaAllah. Adik sayang keluarga kita :)

IAmFitriah <3